Monday, August 2, 2010

Cara-cara untuk bermain 'Batu Seremban' akan saya tunjukkan dengan jelas di bawah ini.


Buah Satu:

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

Buah Dua:

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:
Buah tiga ada sedikit perbezaan.
Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

No comments:

Post a Comment